Wednesday, August 13, 2008

Lawatan Kerja


Gambar: Lawatan Kerja Dari Unit PSS Daerah Sepang.


14 Ogos 2008 - Pusat Sumber Sekolah telah dilawati oleh Pn. Asmah ( SMK. Dengkil ) dan Pn. Norliza bt. Ismail ( SMK. Cyberjaya ) untuk menilai dan memberi markah dalam Pertandingan Pusat Sumber untuk sekolah-sekolah Daerah Sepang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Antara yang disentuh ialah:

1. Laporan aktiviti PSS

2. Kertas Kerja dan program yang telah dijalankan.

3. Anggaran perbelanjaan program.

4. Perancangan Tahunan

5. Penyediaan Rekod seperti pinjaman buku-buku, alatan bantuan mengajar dan penggunaan PSS.

6.Program Nilam.


Cadangan-cadangan penambahbaikan yang dikemukakan kepada Pn. Normizam ( guru PSS ) antaranya ialah :

1. Sudut Rekreasi

2. Promosi Bahan

3. Promosi Pusat Sumber.


Terima kasih kerana lawatan tersebut. Segala teguran dan bimbingan kami terima dengan hati terbuka dan akan membuat tindakan. Harapan semoga tahun ini mendapat markah yang terbaik untuk Daerah Sepang dalam pertandingan PSS.

Thursday, July 17, 2008

SENARAI TUGAS PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (GPK 1)


1. Bertanggungjawab kepada Guru Besar
2. Merancang pembangunan sumber manusia PSS dan mengemukakannya kepada
J/Kuasa Induk PSS
3. Mengawal selia dan menyelaras perbelanjaan dan rekod kewangan/stok PSS
4. Mewujudkan hubungan yang baik dengan Agensi luar seperti PSPN, BTP dan lain-
lain supaya memperoleh pengetahuan yang terkini
5. Mempengerusikan Mesyuarat J/Kuasa Kerja
6. Merangka Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS
7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar
8. Memilih dan melantik Guru-guru PSS bersama Setiausaha
SENARAI TUGAS SETIAUSAHA
(GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH





1. Membantu dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan
2. Mentadbir, menyelaras perkhidmatan PSS
3. Merancang skim latihan untuk guru-guru PSS, guru-guru lain, Kerani PSS dan
Pengawas PSS
4. Memilih dan melatih Pengawas PSS, Pelajar dan Pembantu PSS
5. Menyediakan Bibliografi untuk kegunaan guru dan pelajar
6. Merancang bersama AJK PSS segala aktiviti PSS untuk sepanjang tahun
7. Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang
berkenaan mengenai perkhidmatan PSS
8. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat J/Kuasa Induk dan Kerja PSS
9. Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan pembangunan PSS dan
mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk pentadbiran PSS
10. Mengurus perbelanjaan dan rekod kewangan PSS
11. Merangka dan menghasilkan Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS
12. Menjadi Setiausaha J/Kuasa pentadbiran PSS
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua/GPK 1
14. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan PSSMemastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksanakan mengikut perancangan
GURU PERPUSTAKAAN


1. Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira
koleksi/bahan perpustakaan
4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar
menggunakan perpustakaan
5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti perpustakaan yang
bersesuaian dengan objektif PSS
7. Menubuhkan J/Kuasa Guru Pembantu Perpustakaan dan pengagihan bidang tugas
8. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan
PSS dengan baik dan betul
9. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk
makluman guru dan pelajar
10. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
11. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan
12. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan
13. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada
penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang
perlu dan dapat dibeli.
14. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar
mengikut keperluan.
15. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA


UNIT TEKNOLOGI / APD


1. Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS
2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk
3. Menyedia dan menyesuaikan Jadual Waktu TVVP dan lain-lain media Teknologi
4. Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan
5. Membuat penilaian terhadap program TVP dari semasa ke semasa.
6. Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan TVP dan bahan-
bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS
7. Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS
kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas
8. Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber bagi meninggikan
tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
9. Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber
perisian media teknologi di PSS
10. Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS
11. Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS
12. Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut
keperluan dan kemampuan sekolah.
13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua
GURU PANITIA MATAPELAJARAN / PENASIHAT KELAB

1. Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan alat dan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar
2. Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli
atau dihasilkan sendiri
3. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua
4. Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
5. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut
kemudahan guru-guru.
SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER


1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan)
2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
3. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna
ketempat asal
4. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas
5. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop
hak milik dan sebagainya
6. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada
pembekal
7. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap
8. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan
perisian
9. Membantu mempromosikan PSS
10. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna
11. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS
12. Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS

Tuesday, July 15, 2008