Wednesday, August 13, 2008

Lawatan Kerja


Gambar: Lawatan Kerja Dari Unit PSS Daerah Sepang.


14 Ogos 2008 - Pusat Sumber Sekolah telah dilawati oleh Pn. Asmah ( SMK. Dengkil ) dan Pn. Norliza bt. Ismail ( SMK. Cyberjaya ) untuk menilai dan memberi markah dalam Pertandingan Pusat Sumber untuk sekolah-sekolah Daerah Sepang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Antara yang disentuh ialah:

1. Laporan aktiviti PSS

2. Kertas Kerja dan program yang telah dijalankan.

3. Anggaran perbelanjaan program.

4. Perancangan Tahunan

5. Penyediaan Rekod seperti pinjaman buku-buku, alatan bantuan mengajar dan penggunaan PSS.

6.Program Nilam.


Cadangan-cadangan penambahbaikan yang dikemukakan kepada Pn. Normizam ( guru PSS ) antaranya ialah :

1. Sudut Rekreasi

2. Promosi Bahan

3. Promosi Pusat Sumber.


Terima kasih kerana lawatan tersebut. Segala teguran dan bimbingan kami terima dengan hati terbuka dan akan membuat tindakan. Harapan semoga tahun ini mendapat markah yang terbaik untuk Daerah Sepang dalam pertandingan PSS.